Tuesday, August 11, 2009

Perjalanan Ke Sekolah

Kami telah berpindah dari Johor Bahru ke Terengganu (Bkt Payung) sudah setahun lebih iaitu selepas saja isteri saya bersara. Tujuan kami berpindah ialah kerana untuk melayan anak bongsu saya yang akan mengambil Peperiksaan SPM pada tahun ini 2009. Semasa kami di Johor sebelum ini, dia tinggal di Asrama Sekolah Sultan Sulaiman Batu Buruk Ktrg.


Rutin harian saya ialah:

Pagi - Hantar anak ke sekolah.

Petang - Bawa dia balik ke rumah.

Jumaat dan Sabtu - Kelas Tuisyen dengan Cikgu Razak Durian Burung.


Pada pagi Isnin lepas, kami bertolak ke sekolah agak lewat daripada biasa. Dalam perjalanan ke sekolah kami terpaksa mengekori sebuah tanker dalam perjalanan dari Bkt Payung melalui Pekan Kedai Buluh yang amat terkenal dengan traffic jamnya. Terasa perjalanan ini amat lambat ,anak saya bersuara:


Aning: Tak bolehkan lori ni berjalan laju sket ayoh?

Saya: Tak. Mana boleh sebab lori ni berat dan besar. Kalu dia lari laju force dia sangat kuat. Force ni bersamaan dengan mass (berat)darab acceleration(laju) F=ma. Lori tu dahla berat, lari laju pulak nanti kalu drebar tekan brek, bergerudum jatuh parit.

Aning: Wah Fizik ayoh hebatlah

Saya: Mu jangan ingat Wang (abang dia) saja yang boleh skor Fizik A1. Kalu ayah ada peluang gi sekolah semula InsyaAllah ayah bulih skor 10 A1.

Aning: Tak terkata apa selepas itu.


Fakta Peristiwa:

Lori tangki tu memang tak boleh lari laju sebab jalannya sempit. Tambahan pula kalau pagi, ramai budak sekolah yang menunggang motorsikal dan mengayuh basikal.

Iktibar dari Peristiwa ini:

Kepada Aning: Kalau nak cepat sampai ke sekolah, turunlah awal.

Kepada Wang: Mu dapat Fizik A1, ayah tahu bakpe.

Wednesday, August 5, 2009

Thank you Kekda for creating this space (or w.e.y.c. it) for me to write. Sekurang-kurangnya ayah tidak ditinggalkan ....- maksud ayah tidak ketinggalan oleh arus perdana ( bukan saperti makmu tuh ). I got class you know. My own class. You all can call me POYO. I dont care as long as I am happy and I will make you all (sons and daughters ) happy.
Tahniah Kekda kerana anda telah berjaya grad walau pun belum rasmi lagi,